25 February 2011

Read and like? :)

HARI INI. Bermulalah hari di mana akan terjadinya hari reinassance, atau lebih kenali hari berakhirnya sekolah. Aku pula sedang runsing memikirkan hari yang akan mendatang. Aku rasa sedih kerana handphone kesayanganku hilang di curi orang. Aku tak tahu kenapa masih ada orang yang ingin mencuri handphone buruk aku tu. Kalau jual pun mungkin dapat dalam RM200 je. Pelik tapi benar. Macam mana aku nak kerja sedangkan tiada handphone. Handphone lah harta berharga aku. Mana aku pergi dialah yang aku perlukan. Dia sudah umpama teman lelaki untuk diriku. Selepas sudah menangis 2 malam dan hanya termenung memikirkan pasal handphone tu akhirnya aku menyerah. Kerana aku tahu tiada apa yang dapat memulangkan kembali handphone itu walaupun menangis air mata darah sekalipun. Setelah aku diberi handphone baru untuk di pinjam aku berjaya mendapat kerja sebagai promoter di Pusat Membeli Belah di The Store. Selama aku berkerja di sana. Banyak peristiwa yang telah terjadi. Sebagai seorang perempuan yang muda dan jiwa masih lagi seperti remaja yang ingin melakukan apa saja yang diingini, hati aku sudah semestinya terusik sekiranya ada seseorang yang menjadi pujaan bekerja atau berada hampir setiap hari didepan mata. Walaupun sementara, dan hanya apabila aku terasa ingin pergi ke tandas. Tidak pernah aku lupa untuk memandang tempat di mana dia berkerja dan mencuri pandang dirinya. Sudah semestinya sebagai seorang yang mempunyai rupa, ketinggian, senyuman yang manis sudah tentu ramai lagi perempuan yang terpikat padanya. Mungkin dia dah ada GF. Manalaa tahu~ Kata hatiku. 

Pada suatu hari, tanpa sebab aku memberitahu rakan sekerja aku, Kak Fatin tentang dia. Dan kebetulan Kak Fatin pun suka pada dia. Aku yang baru kenal dia pun terkejut sebab selama ni tak pernah pula dia cerita pasal Hafizul. Dan bermulalah cerita aku dan dia apabila aku dan Kak Fatin bet untuk berborak dengan dia. Kak Fatin yang berumur 25tahun itu sudah tentu tidak menjadi masalah sekiranya ingin berborak dengan si dia. Kerana sudah mempunyai pengalaman, sedangkan aku. Yang selama ini hanya dapat teman lelaki dari laman sesawang seperti MySpace dan Facebook, sudah tentu sukar untuk aku berkomunikasi dengan si dia yang berjaya mencuri hati aku.
“ Akak trylah tanya dia, dia habis kerja pukul berapa hari ni? 10 ke 11? “ Kataku
“ Okay, akak try. Tapi jangan lupa roti canai. Hee “ Ujar Kak Fatin.
“ Okay set. Heehh “ Sambutku sambil menyalit jari Kak Fatin.

Will be continued :))