Dear bloggy yg cun mcm tuan empunya,
Ececeh, itu adalah cara terbaik utk puji diri aku sendiri buad masa sekarang. Heehhh. Sekarang pukol sembilan setengah pagi dan aku sedang minum coffee terlebih gula berserta Wafer cloud9 dan juga munchy's yg sangat sedap lagi penuh dengan gula dan coklat. Membuatkan hari ini aku nampak manis macam sakit kencing manis -..-' Coffee tu terlebih gula lah belog. Heehhh. Actually, aku baru jea perasan aku suka buad air yang manis. Tapi lepas roomates aku tegur lah. Yang aku tengah fikirkan ni, kenapa selama ni aku tak rasa manis? Sekarang baru nak rasa. Hahah, tahlah blog. Manusia, dah tegur baru nak jejak bumi. Kalau tak tegur tah mati awal agaknya aku ni. waha. Tapi kena pikir jugak, ade yang tegur tapi tak jejak bumi. Masih diawang awangan LOLOL. Nasib baik aku bukan macam tu heehhh. Awww, aku minum dengan cawan sekolah aku ahaha. Memang teringat jaman sekolah lah kan. :')
Aktiviti aku banyak terbatal semenjak dua menjak ni belog, yang paling ketara bila aku kena keluar naik transport sendiri. Memey aku takmau lah. Macam hari sabtu hari itu, Mr. Amirul Ariff ajak pi karok. Aihh, memang semangat aku 50% jealah sebab nak kena naik bus. (aihh, kenapalah rumah aku kat tempat jin tendang. Jauh dari pusat membeli belah -..-') Nasib baik Allah turun hujan rahmat. Rancangan dibatalkan, puhh alhamdulillah. Bukan aku takmau jumpa dia. Tapi aku memang malas gila nak naik bus lagi lagi taxi yang cekik darah. Dan sekarang mulalah aku dah berangan dan terfikir nak ade kereta. Eh eh kejab, sebelom tu fikir lesen dulu. Kereta ade, lesen takde tak berguna. Dan sesungguhnya, semua itu adalah angan angan. Tidak mungkin untuk aku ada lesen dan kereta. Nampak gayanya kena tunggu 2 atau 3tahun lagilah kan. aihh. Sabar yolahh :')
P/S : Mini cooper! aww aww lap u :')